Kami warga Sekolah Kebangsaan Kuala Klawang dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk ;
MEMBERI PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI , EFISIEN , PROAKTIF DAN LIBERAL
DENGAN PENUH MUHIBBAH DAN KEMESRAAN MELALUI :
1. Memberi pendidikan berkesan berdasarkan kebolehan dan keupayaan murid – murid melalui pelbagai strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran yang terkini dan kondusif.
2. Mewujudkan komuniti staf yang berdedikasi , berdisiplin , cekap dan terlatih , mesra dan ceria serta bersemangat waja.
3. Memastikan dan mengemaskini semua maklumat yang berkaitan dengan sekolah disampaikan kepada PPD dan JPNS dalam masa yang ditetapkan .
4. Memastikan disiplin dan sahsiah murid –murid dalam keadaan baik dan terkawal.
5. Memastikan sekolah menyertai semua pertandingan kurikulum dan kokurikulum di peringkat luak , daerah , negeri dan kebangsaan .
6. Sentiasa memberikan layanan yang mesra dan perkhidmatan yang cekap kepada semua pelanggan kami ; iaitu murid-murid , para ibubapa dan penjaga, pegawai-pegawai JPNS dan PPD serta lain – lain dari agensi kerajaan atau bukan kerajaan .
7. Bersedia mendengar dan mengambil tindakan yang bersesuaian atas pandangan , maklumat serta teguran daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi cemerlang dalam pendidikan dan perkhidmatan kami.